MAHIR Jahit
8 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2025, seorang ahli NADI Felcra Sungai Ara telah menyertai kelas mingguan bagi program MAHIR Jahit yang di laksanakan secara dalam talian di platform Google Meet.
Di dalam kelas MAHIR Jahit ini, peserta diberikan penerangan dan juga panduan berkaitan dengan garisan asas yang perlu di ketahui dalam jahitan. Selain itu, peserta juga diberikan contoh ukuran bagi jahitan baju kurung bersaiz M dan di berikan penerangan berkaitan cara untuk melukis pola pada ukuran baju. Di akhir kelas MAHIR Jahit ini, peserta telah memahami cara untuk membuat pola di dalam jahitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: